FAQs

Q: Bolehkah saya menyewa baju perempuan sahaja?
J: Boleh, tiada masalah. harga sewaan baju perempuan sahaja adalah dari RM580, dilengkapi dengan aksessori seperti veil, tiara, rantai, anting-anting dan kasut.

Q; Bagaminana pula jika saya ingin menyewa baju lelaki sahaja?
J; Bagi baju lelaki, harga sewaan adalah dari RM380 sepasang, juga dilengkapi dengan aksessori seperti tanjak, samping, bengkung dan keris. 

Q: Bolehkah saya menyewa baju sekiranya majlis saya jauh di luar Kuala Lumpur? Eg: Johor, Kelantan, Sarawak. Adakah terdapat caj tambahan sekiranya perkara ini berlaku?
J: Boleh, tiada masalah. Tiada caj tambahan dikenakan.

Q: Bilakah masa terdekat saya boleh menyewa baju?
J: Penyewaan baju di butik kami adalah berdasarkan 'first come, first serve'.Oleh itu, sekiranya baju yang ingin disewa itu telahpun ditempah, pengantin terpaksa memilih baju lain.

Q: Berapakah deposit yang perlu dibayar semasa membuat tempahan? 
J: Bakal pengantin hanya perlu membayar RM200 untuk deposit tempahan.

Q: Bilakah saya perlu membuat 'full payment'?
J: Bayaran penuh perlu dilangsaikan pada hari mengambil baju sewaan. Namun, bayaran boleh dibuat secara ansuran untuk kemudahan bakal pengantin.

Q: Sekiranya saya ingin menyewa pelamin untuk majlis saya jauh dari Kuala Lumpur, (eg; Seremban, Kedah, Perlis) adakah terdapat caj tambahan? 
J: Kami mengenakan caj tambahan bagi kemudahan pengangkutan sekiranya majlis dibuat di luar Kuala Lumpur khususnya untuk perkhidmatan pelamin, andaman atau fotografi. Kami menasihatkan bakal pengantin supaya mendapatkan perkhidmatan berikut di kawasan berdekatan dengan majlis. 


Q: Adakah deposit yang telah dibayar 'refundable' sekiranya saya ingin membatalkan tempahan?
J: Deposit tidak boleh dituntut kembali sekiranya berlaku pembatalan.